Dasar Privasi

Neffos menyedari/memahami pentingnya privasi kepada anda dan akan melakukan usaha terbaik kami untuk melindungi privasi anda, oleh itu, kami telah menyediakan dasar privasi ini berkenaan dengan cara kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan, menghantar dan menyimpan maklumat anda. Sila baca, fahami dan bersetuju dengan dasar privasi ini sebelum menyerahkan data peribadi anda kepada Neffos. Apabila anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan dan produk mudah alih Neffos, ia akan dianggap bahawa anda memahami dan bersetuju sepenuhnya dengan semua syarat dalam dasar ini, dan bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya dan menanggung risiko daripada penggunaan produk atau perkhidmatan tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa dasar privasi ini hanya berkenaan dengan perkhidmatan dan produk mudah alih Neffos, dan tidak termasuk mana-mana produk, operasi atau perkhidmatan pihak ketiga. Neffos tidak mempunyai kawalan terhadap bagaimana pihak ketiga mengumpul, menggunakan atau melindungi data anda. Untuk maklumat tentang langkah-langkah privasi yang diambil oleh pihak ketiga, sila rujuk kepada dasar privasi mereka.

1. Maklumat yang dikumpul oleh Neffos

Kami akan mengumpul maklumat tertentu apabila anda menggunakan produk atau perkhidmatan Neffos. Di samping maklumat yang diberikan terus kepada kami oleh anda sendiri (seperti maklumat akaun atau peribadi untuk perkhidmatan Neffos yang tertentu, contohnya nombor telefon dan alamat e-mel), kami juga boleh merekodkan maklumat yang berkaitan dengan peranti anda dan penggunaan aplikasi dan perkhidmatan kami oleh anda. Sebagai contoh, kami boleh mengumpulkan:

1) Maklumat peranti – nombor model peranti, nombor IMEI, versi sistem pengendalian, versi ROM, kod negara, dll.;

2) Maklumat lokasi – maklumat lokasi geografi. Walau bagaimanapun, anda boleh mematikan fungsi lokasi untuk menghentikan pengumpulan maklumat bagi lokasi anda;

3) Tabiat pengguna – tabiat pengguna untuk tetapan paparan, bunyi dan getaran;

4) Penggunaan peranti – penggunaan ruang storan, operator rangkaian, masa pengecasan bateri, dll.;

5) Maklumat log – fail log aplikasi, masa dan tempoh penggunaan perkhidmatan, maklumat berkaitan yang disimpan dalam tetapan kuki peranti.

Selain itu, dengan kebenaran undang-undang, kami juga boleh mengumpul maklumat anda daripada sumber awam, dan menggabungkan dengan maklumat lain yang diterima atau yang berkaitan dengan anda.

2. Bagaimana Neffos menggunakan maklumat anda

Maklumat anda yang dikumpul oleh Neffos akan digunakan terutamanya untuk tujuan berikut:

1) menyediakan pengalaman pengguna, kandungan, pemasaran dan saranan yang tersuai dalam produk dan perkhidmatan kami;

2) menyediakan perkhidmatan penyenggaraan untuk peranti anda;

3) mencegah, menyiasat dan menghentikan penipuan, aktiviti yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang;

4) membantu kami mengoptimumkan produk dan perkhidmatan kami;

5) tujuan-tujuan lain selepas mendapat kebenaran anda.

3. Kepada siapakah Neffos mendedahkan maklumat anda

Di bawah keadaan berikut, kami boleh mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga:

1) dengan kebenaran anda

Kami hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga selepas memperoleh kebenaran anda yang jelas.

2) mendedahkan kepada gabungan atau rakan kongsi kami

Untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, kami boleh mendedahkan sebahagian daripada maklumat peribadi anda kepada syarikat gabungan atau rakan kongsi kami. Kami akan melarang sekeras-kerasnya gabungan atau rakan kongsi kami daripada menggunakan maklumat yang dikongsi oleh kami untuk apa-apa tujuan lain.

3) dikehendaki oleh undang-undang

Apabila dikehendaki oleh undang-undang, peraturan, pihak berkuasa kehakiman atau Kerajaan, kami boleh mendedahkan maklumat peribadi anda.

Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga selain daripada situasi yang diterangkan di atas.

4. Penyimpanan dan penghantaran maklumat

Maklumat yang dikumpul oleh kami mungkin disimpan di dalam telefon bimbit anda atau pada pelayan kami dan mungkin dihantar, disimpan dan diproses di luar negara/rantau tempat anda menetap (cth. China). Ia boleh termasuk bidang kuasa yang mungkin tidak dapat menyediakan peraturan perlindungan privasi yang serupa seperti di negara/rantau tempat anda berada. Semasa proses ini, Neffos akan menggunakan langkah-langkah penyulitan untuk melindungi maklumat dan data anda, untuk memastikan maklumat anda tidak boleh diakses, digunakan atau didedahkan tanpa kebenaran. Namun begitu, disebabkan kecacatan terwujud dan risiko operasi rangkaian, kami tidak dapat menjamin bahawa maklumat anda adalah benar-benar selamat.

5. Bagaimana Neffos melindungi maklumat anda

Neffos amat memandang serius keselamatan data peribadi pengguna. Kami melaksanakan amalan standard industri untuk melindungi data peribadi anda, dan untuk mencegah akses yang tidak dibenarkan, pendedahan, penggunaan, pemindaan, kerosakan atau kehilangan data anda. Kami akan mengambil segala langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda. Sebagai contoh, kami akan menggunakan teknologi penyulitan dan kaedah teknikal lain untuk memastikan kerahsiaan data; kami akan melindungi pusat data melalui penggunaan perisian anti virus, sistem pemantauan dan mekanisme penyulitan, untuk mencegah sebarang serangan berniat jahat terhadap data tersebut; kami akan menggunakan mekanisme kawalan akses untuk memastikan hanya kakitangan yang dibenarkan boleh mengakses data peribadi; kami akan meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja tentang kepentingan melindungi data peribadi melalui sesi latihan perlindungan keselamatan dan privasi. Kami akan melakukan usaha terbaik kami untuk melindungi data peribadi anda, tetapi sila ambil perhatian bahawa tiada langkah-langkah keselamatan yang tiada kesilapan sama sekali.

6. Kemas kini bagi data privasi ini

Supaya produk, perkhidmatan dan peraturan terus konsisten, Neffos berhak untuk mengemas kini dasar privasi ini pada bila-bila masa. Dasar privasi ini akan diterbitkan dengan segera selepas apa-apa kemas kini. Jika anda terus menggunakan produk dan perkhidmatan Neffos selepas dasar privasi ini dikemas kini, ia akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap dasar privasi kami yang dikemas kini. Setelah dasar privasi ini dikemas kini, tarikh "Kali Terakhir Dikemas Kini" akan berubah.

Kali terakhir dikemas kini pada 20 Oktober 2016.